nuffnang

TOKSIN


Apakah itu toksin?


Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.


Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. 

Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, iaitu sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.





Simptom-simptom toksin berlebihan


  1. Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala, mulut berbau, bau badan
  2. Insomnia (masalah tidur), mata gelap , mata merah
  3. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, rasa cemas
  4. Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  5. Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
  6. Masalah sendi - lenguh lenguh badan
  7. Masalah kulit – jerawat, eczema
  8. Selulit, kenaikan berat badan, tanda-tanda penuaan awal

Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.

Tanda tanda lain: 


1. Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan

    dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang  
    sebab, susah bangun tidur dan bahagian  
    keliling mata gelap. 

2. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit 

    seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan 
    sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada 
    warna asal kulit.

3. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, 

    sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, 
    masalah jerawat dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment